Miss Apple Lover .. follower

Isnin, 2 Mei 2016

Esei pengajian am penggal 2

TeknologiHijau atau lebih dikenali sebagai teknologi mesra alam menggariskan pelbagai kaedah untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar. Teknologi merupakan aplikasi pengetahuan ke arah penambahbaikkan aktiviti manusia secara praktikal. Justeru, Teknologi Hijau boleh dirumuskan sebagai aplikasi pengetahuan untuk menambah baik kaedah-kaedah yang boleh mengurangkan dan membendung impak negatif kepada alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti manusia.

■ APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PATUT DIUTAMAKAN DALAM TEKNOLOGI HIJAU?
Teknologi hijau mempunyai pelbagai cabang. la merangkumi pengambilan sumber daripada alam sekitar hingga kepada cara menguruskan sisa harian. Antara cara tersebut ialah perolehan hijau, pembuatan hijau, pembungkusan hijau, dasar sifar sisa dan sebagainya. Kesimpulannya, Teknologi Hijau adalah saling berkaitan dalam pelbagai cara sehingga kepada kehidupan harian kita sebagai pengguna.

► Intipati Dasar Teknologi Hijau • Tenaga - mencari kaedah bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui serta menggalakkan kecekapan tenaga
• Alam Sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
• Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi Negara melalui penggunaan teknologi
• Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

► Amalan Hijau yang boleh dilakukan oleh pengguna
• Bawa beg sendiri ketika membeli belah bagi mengurangkan penggunaan beg plastik
• Berbasikal atau berjalan kaki sekiranya jarak perjalanan adalah berdekatan. la baik untuk kesihatan.
• Cunakan pengangkutan awam dengan kerap. Pembebasan karbon adalah jauh lebih rendah melalui kaedah ini.
• Tutup peralatan elektrik jika tidak digunakan. Gunakan tenaga dan bahan api secara efisyen. Amalkan kecekapan tenaga, layari www.switch.org.my mendapatkan kaedah mengamalkan kecekapan tenaga. 

Amalkan 3R (Mengurangkan, Mengguna Semula dan Mengitar Semula) dapat mengurangkan kemusnahan sumber alam.
Praktiskan dan sokong kaedah perkebunan secara organik
Perkebunan secara ini, yang tidak menggunakan bahan kimia, dapat memastikan alam sekitar tidak tercemar.
• Beli barangan tempatan. Kita dapat menjimatkan wang, menyokong ekonomi tempatan serta mengurangkan pembebasan karbon disebabkan pengangkutan barangan jarak jauh.
• Kurangkan atau hentikan menggunakan barangan pakai buang. la hanya menghasilkan sisa pepejal. Bahan-bahan ini kadang kala tidak boleh terurai dalam jangkamasa yang pendek.
• Gunakan air secara bijak kerana ia juga merupakan sumber yang semakin berkurangan. Penggunaan semula air serta penuaian air hujan merupakan kaedah efektif untuk mengurangkan penggunaan air di rumah.
• Belilah barangan mesra alam yang diiktiraf. Produk-produk ini kurang memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar berbanding dengan barangan biasa. Dengan cara ini anda dapat menjamin masa depan yang sejahtera untuk generasi akan datang.
• Jalankan projek-projek atau aktiviti-aktiviti bertemakan alam sekitar di kawasan kediaman, tempat kerja dan masyarakat setempat.

0 orang makan apple beracun:

klik ...