Miss Apple Lover .. follower

Isnin, 2 Mei 2016

Esei rukun negara pengajian am penggal 2

Langkah yang perlu dilakukan ke arah memupuk kesedaran untuk menghayati pinsip Rukun Negara, ialah: 

1. Mengadakan Program  Kesedaran
•  Tujuan: Untuk menanamkan & menghayati prinsip Rukun Negara dalam diri induvidu.
•  Contoh: Kempen ‘Cintai Rukun Negara’ dan ‘Bersama Menghayati Rukun Negara’.

2. Melalui Pendidikan.
•  Di sekolah, pusat pengajian tinggi dll.
•  Contoh: Di sekolah - melalui penerapan prinsip Rukun Negara dalam mata pelajaran 
•  Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, dan Pendidikan Moral.
•  Tujuannya adalah untuk memastikan warga pendidik khususnya para 
•  pelajar dapat memahami dan menghormati prinsip Rukun Negara.
•  Memperbanyakkan lagi penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah. Selain itu mewujudkan program-program yang lebih menarik.

3. Peranan Media Massa.
•  Media massa elektronik seperti televisyen dan internet boleh menyiarkan iklan atau 
program yang memberi kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip Rukun Negara.
•  Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah juga boleh menerbitkan
artikel tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.

4. Peranan Kerajaan.
•  Kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar bagi 
memastkan rakyat di negara ini sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara.
•  Kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta perlu di tingkatkan.
•  Kerajaan boleh mengambil iniasiatif seperti menganjurkan program yang 
bertemakan Rukun Negara bagi memastikan rakyat sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara.
•  Contohnya: dengan menganjurkan pertandingan ‘Sketsa Rukun Negara’.

5. Peranan Ibu Bapa
•  Ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara.
•  Hal ini perlu bagi memastikan anak-anak faham dan patuh serta menghayati Rukun Negara sejak dari kecil hingga dewasa spt kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kesimpulan:
Setiap anggota masyarakat seharusnya menghayati 
prinsip Rukun Negara agar perpaduan & keselamatan di negara ini sentiasa terjaga. Rukun Negara amat perlu dihayati bagi mendidik jiwa ke arah semangat patriotisme.


#otai-otai tolong murnikan...😁
Kejayaan melaksanakan dasar-dasar pembangunan oleh kerajaan tidak harus diukur daripada aspek pertumbuhan ekonomi yang tinggi semata-mata. Bincangkan. ( 1+4 )
Kongsi fokus soalan dasar th 2016
1 Rukun negara-rasional n langkah
2 Wawasan 2020- cabaran Masy Saintifik
3 Model Baru Ekonomi- objektif n  tonggak utama n strategi
4 Dasar Tekonlogi Hijau
5 Dasar sosial negara
6 Dasar sukan negara
7 Dasar Belia negara.. sila tambah...tqvm
ISU HANGAT 2016
1.  KEBOCORAN RAHSIA KERAJAAN
2.  PEKERJA ASING
3.  INDUSTRI PELANCONGAN
4.  SOSIAL REMAJA
5.  TPPA
6.  CABARAN PENGUASAAN S&T
7.  EKTRIMIS AGAMA
#Keganasanpersepsi 
Apa yang dimaksudkan keganasan persepsi?
Keganasan persepsi sering dirujuk kepada tindak tanduk pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menaburkan pelbagai fitnah terutamanya dalam media baharu seperti media sosial yang lebih banyak menjurus kepada unsur negatif terhadap sesuatu isu, sesebuah organisasi mahupun individu seperti pemimpin negara.
Medium
- media sosial : blog, facebook, twitter dll
Kesan
- maklumat/berita palsu diviralkan
- masyarakat mempercayai berita tidak sahih
- nama orang tertentu/pemimpin terjejas
- puak berkepentingan mengambil kesempatan
- menimbulkan panik/keadaan tidak tenteram
#KlasifikasiJenayahsiber
Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. 

Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar

Penipuan
Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
Kecurian maklumat.
Capaian secara tidak sah keatas sistem
Menyalin perisian secara tidah sah.
Pengintipan
Judi siber
Skim cepat kaya
Pornografi
Penggodam atau "Hacker"
Penyebaran virus
dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah

Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
Kepentingan ekonomi
Berbeza takrifan jenayah
Kepentingan ketenteraan
Sikap manusia "Human attitude"
assalamualaikum dn slmt ptg rakan2 guru yg dihormati...
Blh tak berkongsi  ilmu dn berbincang sikit ttg tajuk krgan ini...
soalan : Perpaduan bukanlah merupakan satu2nya isu yang harus dihadapi oleh Malaysia bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf nrgara maju. Bincangkan...
Apakah rasional Dasar Kependudukan diperkenalkan?
1. Byk sektor mengalami kekurangan tnga kerja
2. Byk kaw tnh prtanian terbiar
3. Pengeluar produk trpksa mencari pasaran luar krn psrn tptn terhad
4. Daya survival pddk rendah
5. Ngr mudah d ceroboh dan mnjdi pusat plbgai jnyah

Esei pengajian am penggal 2

TeknologiHijau atau lebih dikenali sebagai teknologi mesra alam menggariskan pelbagai kaedah untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar. Teknologi merupakan aplikasi pengetahuan ke arah penambahbaikkan aktiviti manusia secara praktikal. Justeru, Teknologi Hijau boleh dirumuskan sebagai aplikasi pengetahuan untuk menambah baik kaedah-kaedah yang boleh mengurangkan dan membendung impak negatif kepada alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti manusia.

■ APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PATUT DIUTAMAKAN DALAM TEKNOLOGI HIJAU?
Teknologi hijau mempunyai pelbagai cabang. la merangkumi pengambilan sumber daripada alam sekitar hingga kepada cara menguruskan sisa harian. Antara cara tersebut ialah perolehan hijau, pembuatan hijau, pembungkusan hijau, dasar sifar sisa dan sebagainya. Kesimpulannya, Teknologi Hijau adalah saling berkaitan dalam pelbagai cara sehingga kepada kehidupan harian kita sebagai pengguna.

► Intipati Dasar Teknologi Hijau • Tenaga - mencari kaedah bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui serta menggalakkan kecekapan tenaga
• Alam Sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
• Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi Negara melalui penggunaan teknologi
• Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

► Amalan Hijau yang boleh dilakukan oleh pengguna
• Bawa beg sendiri ketika membeli belah bagi mengurangkan penggunaan beg plastik
• Berbasikal atau berjalan kaki sekiranya jarak perjalanan adalah berdekatan. la baik untuk kesihatan.
• Cunakan pengangkutan awam dengan kerap. Pembebasan karbon adalah jauh lebih rendah melalui kaedah ini.
• Tutup peralatan elektrik jika tidak digunakan. Gunakan tenaga dan bahan api secara efisyen. Amalkan kecekapan tenaga, layari www.switch.org.my mendapatkan kaedah mengamalkan kecekapan tenaga. 

Amalkan 3R (Mengurangkan, Mengguna Semula dan Mengitar Semula) dapat mengurangkan kemusnahan sumber alam.
Praktiskan dan sokong kaedah perkebunan secara organik
Perkebunan secara ini, yang tidak menggunakan bahan kimia, dapat memastikan alam sekitar tidak tercemar.
• Beli barangan tempatan. Kita dapat menjimatkan wang, menyokong ekonomi tempatan serta mengurangkan pembebasan karbon disebabkan pengangkutan barangan jarak jauh.
• Kurangkan atau hentikan menggunakan barangan pakai buang. la hanya menghasilkan sisa pepejal. Bahan-bahan ini kadang kala tidak boleh terurai dalam jangkamasa yang pendek.
• Gunakan air secara bijak kerana ia juga merupakan sumber yang semakin berkurangan. Penggunaan semula air serta penuaian air hujan merupakan kaedah efektif untuk mengurangkan penggunaan air di rumah.
• Belilah barangan mesra alam yang diiktiraf. Produk-produk ini kurang memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar berbanding dengan barangan biasa. Dengan cara ini anda dapat menjamin masa depan yang sejahtera untuk generasi akan datang.
• Jalankan projek-projek atau aktiviti-aktiviti bertemakan alam sekitar di kawasan kediaman, tempat kerja dan masyarakat setempat.

klik ...