Miss Apple Lover .. follower

Khamis, 15 September 2011

Berani untuk gagal



Ini salah satu bentuk attitude di mana kita menghadapinya di dalam kehidupan seharian. Ironinya orang berjaya di dunia ini terlebih dahulu merasai kegagalan. Contohnya mcm cerita Thomas Alva Edison dalam usahanya mencipta lampu dengan 999 kali percubaan. Dalam hidup ini tak semestinya kita berjaya saja.. ada masa kita gagal dan sepatutnya dengan kegagalan itu diambil iktibar dan pengajaran darinya.
Adakah anda perlu takut menghadapi kegagalan? Perasaan takut itu normal bagi setiap manusia. Apa yang pasti ia perlu dihadapi dengan positif dan tidak keterlaluan hingga terbawa-bawa dalam hidup. Sekiranya kita terus untuk 'menafikan' keupayaan kita untuk mencuba sesuatu yang lain, maka anda sebenarnya menafikan hak kejayaan yang spttnya anda dikecapi.

Orang yang bermotivasi selalunya 'sanggup' buat apa saja bagi mencapai kejayaan sejajar dengan kehendak agama. Jika dia gagal, ia terus berusaha untuk perbaiki kelemahan. Bukan untuk 'give up' dan berputus asa, itu sebenarnya menutup ruang dan peluang diri sendiri. saya selalu berpesan untuk diri sendiri dan juga rakan sahabat yang lain untuk meneruskan perjuangan tanpa henti. Ia adalah suatu jihad yang mana kita berjuang untuk diri, keluarga dan agama.

Gagal dalam perniagaan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam pertandingan dan sebagainya adalah satu 'ujian' buat hidup di dunia sementara cuma. Kenalah kita berani dan kuat hati untuk meneruskan hidup dengan mempunyai impian, azam dan matlamat yang jelas. Sekiranya kita tak berani maka ia sudah memberi 'petanda' hati kita memerlukan 'motivasi' dan 'inspirasi' dalam menjadikannya lebih cekal berdepan kegetiran hidup.

La takhaf wa la tahzan.. innallaha ma'ana.. Usah takut dan bimbang.. sesungguhnya Allah bersama kita.. Perkataan ini pernah diucapkan oleh Nabi ketika di dalam perjuangannya. Apa yang pasti, kita perlu berani mencuba sesuatu daripada duduk tanpa berbuat apa-apa dan membiarkan sesaat berlalu begitu sahaja. Kuatkan hati, teguhkan pendirian, teruskan perjuangan !

klik ...